Surprise Me!

Hari Komanwel | Komitmen Malaysia kepada negara Komanwel lain

2022-03-23 0 Dailymotion

Malaysia komited untuk berganding bahu dengan negara-negara Komanwel lain dengan memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang keutamaan.
Wisma Putra dalam perutusan sempena hari komanwel 2021, 8 Mac, menyatakan, bidang keutamaan itu terdiri daripada langkah mempromosi tadbir urus baik, menangani kesan sosial dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Bidang utama lain termasuk pembangunan lestari, isu-isu alam sekitar, belia, pendidikan serta pemerkasaan wanita.